top of page

​

Nama Penuh Zaitun Binti Ali Basa

Tinggal di Kampung Bugaya

Tarikh Lahir 02/01/1963

Berbangsa Bajau

Berkerja di SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna Sebagai Penolong Kanan Petang



Latar belakang keluarga

Puan Zaitun merupakan anak keempat dan mempunyai lapan orang adik beradik.
Sudah berkahwin dengan Nik Bahari yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak angkat (anak saudara yang di jaga sejak berusia satu bulan).



Hobi

Pada masa Lapang Puan Zaitun suka berkebun, Menjahit dan juga Memasak.



cita – cita

Walaupun sudah berkerjaya sebagai guru, namun beliau juga ada cita-cita terpendam iaitu ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang Berjaya.



Sejarah Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di SRK Bugaya sehingga tamat darjah 6 pada tahun 1973.
 

1974

Masuk kelas peralihan bahasa inggeris atau bridge class sehingga tahun 1977 menduduki peperiksaan Low Certificate of Education (L.C.E).
 

1978  

Diserap ke aliran Bahasa Melayu sehingga tamat sijil pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1980.
 

1982-1984

Mengikuti kersus perguruan asas sekolah menengah pengkhususan sejarah dan pengajian melayu di Maktab Perhuruan Sandakan,sabah.

Sejarah Perkhidmatan
​

1985-1990

Berkhidmat sebagai guru di SMK Datuk Panglima Abdullah.


1991 

Mengikuti kursus perguruan khas satu tahun di Institut Bahasa, Kuala Lumpur dalam pengkhususan bacaan dan penulisan.
 

1992

Bertugas di SMK Labuan, Wilayah persekutuan Labuan, Sabah.


1993-1996

Berpindah dan bertugas di SMK Bugaya, Semporna.

​

1996-1998

Melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi swasta iaitu kolej pendidikan perdana (KOPEDA) iaitu program berkembar dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Bacelor pendidikan bimbingan dan kaunseling.

​
1999-2001 ​

Berkhidmat sebagai kaunselor sepenuh masa di sekolah menengah Shan Tao, Kota Kinabalu.


2001-2004

Berpindah dan seterusnya berkhidmat di smk kabogan II Semporna sebagai Kaunselor sepenuh masa.


2005-2009

Bertukar ke SMK Bugaya II, juga sebgai kaunselor sepenuh masa.
Sejarah perkidmatan puan Zaitun sebagai kaunselor sepenuh masa berakhir apabila beliau di naikkan pangkat sebagai penolong kanan petang DG44 di SMK Datuk Panglima Abdullah hingga sekarang (semasa artikel ini ditulis)

​

​Penglibatan dan Sumbangan Puan Zaitun​

Sejak di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah terikat dengan aktiviti kesenian seperti pertandingan nyanyian, tarian, dan Lakonan.
 

Selain itu, Puan Zaitun juga berbakat dalam bidang penulisan seperti rencana berbentuk ilmiah dan juga cerpen karya Remlisan, Lirik dan penulisan rencana yang pertama oleh puan zaitun iaitu sempena Sebuah pulau yang di terbitkan dalam majalah SAMPANG terbitan pertama majalah SMK Datuk panglima Abdullah pada tahun 1987.
 

Bakat menulis terus dikembangkan setelah mendapat pendedahan tentang penulisan cerpen semasa mengikuti kursus khas satu tahun di Institut Bahasa di mana pada tahun 1991-1992.
 

Semasa mengikuti kursus tersebut, Puan Zaitun telah menghasilkan beberapa cerpen, antaranya ialah `Nilai Kasih’ yang telah diterbitkan dalam akhbartabloid keluaran 16 Oktober 1991, diikuti cerpen `Salah Sangkah’ tersiar dalam akhbar mingguan wanita keluaran 8 November 1991.
 

Bakat menulis cerpen diteruskan lagi dengan tertulisnya sebuah cerpen berjudul `Rentak Hidup’ yang juga telah diterbitkan dalam akhbar mingguan wanita keluaran 24 April 1992.
 

Minat mengkaji bahasa merupakan sesuatu yang menggembirakan Puan Zaitun. Oleh itu, beliau telah berpeluang menyertai projek kajian bahasa dan kesusasteraan melayu nusantara di Indonesia iaitu Jakarta, Bandung dan bali pada 24-23 Ogos 1991.
Selai Menulis, Puan Zaitun juga telah mencipta lagu patriotic iaitu lagu pelajar ceria lagu rasmi SMK Bugaya pada tahun 1993 dan lagu sekolah Harapan Negara, lagu SMK Kabogan II pada tahun 2002.
Kini, Puan Zaitun sedang berusaha menerbitkan kamus Bajau Semporna dan masih dalam Proses mengumpul kosa kata dan kata-kata perumpamaan Bahasa Bajau. Semoga usaha beliau ini beroleh Kejayaan.​

Solat sunat dua rakaat berjemaah, makan malam di tempat yang romantik serta bertukar-tukar hadiah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang

Upcoming Events:

Hari ulang tahun Perkhawinan - 06.07.2013

(Pn. Zaitun Hj Ali Basa)

Blog Penolong

Kanan Petang

SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna, Sabah

bottom of page